Latar belakang Kesalahan_Terindah

"Kesalahan Terindah" mengisahkan tentang luahan seseorang wanita yang kecewa, namun reda apabila lelaki yang dicintainya sudah memiliki cinta yang lain. Biarpun berdepan kekecewaan dan kesedihan, wanita ini menyimpan semua itu di dalam hatinya dan tidak menyalahkan lelaki tersebut. Malah, dia menganggap bahawa perasaan cintanya kepada lelaki itu adalah kesalahan terindah yang pernah dilakukan dalam hidup.[1]

Siti Nordiana menepis dakwaan mengatakan lagu itu ada kaitan dengan kisah peribadinya. Beliau menjelaskan bahawa ilham lagu itu dihasilkan secara rawak dan mendapat idea untuk lirik lagu daripada drama ditonton. Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata: "Apapun, lagu "Kesalahan Terindah" ini sebenarnya saya hasilkan kerana pernintaan peminat. Saya pun tidak meletakkan harapan tinggi untuk lagu ini popular,".[2][3]